Anggota polis maut terlanggar belakang lori - Utusan Malaysia

Anggota polis maut terlanggar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Ogos – Seorang anggota polis berpangkal Lans Koperal yang baharu selesai bertugas maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pantai, Permas Jaya menghala ke pusat bandar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian pukul 3.15 petang itu menyebabkan mangsa, Lans Koperal R. Kanna, 32, yang bertugas di Balai Polis Permas Jaya terkorban.

“Mangsa telah terlanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun yang datang dari arah sama.

“Akibat perlanggaran tersebut, anggota berkenaan telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN