BEIJING – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perdana menteri Malaysia itu berharap China akan memahami situasi itu dan dapat membantu dalam menyelesaikannya.
“Kami berharap China memahami masalah kami dan akan bersimpati berhubung dengan masalah fiskal dalaman kami,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China, Li Keqiang selepas mesyuarat dua hala mereka di sini.
Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China. – Bernama











