Cadang tubuh jabatan khas urus taska – TPM - Utusan Malaysia

Cadang tubuh jabatan khas urus taska – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kerajaan akan mengkaji cadangan menubuhkan satu jabatan khas bagi menyelaraskan semua aspek pengurusan taman asuhan kanak-kanak di seluruh negara.

WAN AZIZAH
WAN AZIZAH

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan tersebut akan diteliti secara mendalam.

“Ketika ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan pemeriksaan berkala terhadap taska agar mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam sesi pertanyaan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berhubung cadangan penubuhan jabatan tersebut serta langkah pemutihan taska yang tidak berdaftar dengan JKM.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membe­ritahu, cadangan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di taska masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) mengenai isu perkahwinan bawah umur, beliau berkata, selain aspek perundangan, kesedaran pendidikan termasuk pendidikan kesihatan reproduktif perlu diberikan terhadap kanak-kanak dan ibu bapa.

“Memang kita mahu mengehadkan umur minimum (perkahwinan) 18 tahun. Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan bukan sahaja perundangan itu penting tetapi pendidikan terhadap kanak-kanak dan ibu-bapa juga penting.

“Pendidikan seks sekarang ini memang ada kelompongan kerana tidak menangani masalah sebenar. Jadi, sekarang ini mahu katakan bahawa pendidikan seks terhadap kanak-kanak perem­puan (perlu) supaya mereka tahu dan boleh menjaga serta mengekang apa-apa masalah jika tahu keburukan tentang perkara ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN