Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lima - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima di balkoni rumahnya di kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini semalam.

MOHD. BADRUL AMIN ABDUL RAHMAN yang terbaring diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan, selepas terjatuh dari tingkat lima balkoni rumah di Kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, Selangor, kelmarin. ihsan/Media Sosial

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.10 petang, Mohd. Badrul Amin Abdul Rahman, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat kecede­raan parah di bahagian kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa mangsa, Abdul Rahman Sallehuddin, 51, berkata, sebelum kejadian mangsa yang lebih manja dipanggil sebagai adik, sempat bertanyakan kepadanya siapa akan menghantarnya ke kelas tuisyen.

“Adik sempat bertanya kepada saya siapa akan menghantarnya ke kelas tuisyen, tetapi saya menyuruhnya mandi terlebih dahulu.

“Saya hanya mengetahui dia terjatuh selepas jiran mengetuk pimtu rumah dan memaklumkan perkara itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Abdul Rahman yang merupakan pemandu lori membe­ritahu, dia kemudian bergegas ke bawah dan mendapati anak bongsu daripada enam beradik itu tidak bergerak dengan darah terkeluar dari mulutnya.

“Ketika kejadian, saya, empat adik-beradik mangsa dan ibu mertua berada di bilik ma­sing-masing manakala isteri bekerja.

“Saya tidak pasti apa berlaku, mungkin adik ingin mengambil tuala di ampaian balkoni belakang rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib menegaskan, berdasarkan keterangan saksi mangsa dilihat duduk di atas tembok balkoni belakang rumah sambil tangannya mencapai sesuatu yang di­sidai di ampaian.

“Bagaimanapun, ampaian itu terputus menyebabkan mangsa jatuh ke bawah,” jelasnya sambil memberitahu kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN