Hina Islam wanita dipenjara 18 bulan - Utusan Malaysia

Hina Islam wanita dipenjara 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Ogos – Pendakwa raya di Indonesia memohon hukuman penjara selama 18 bulan terhadap seorang wanita yang dibicarakan kerana menghina Islam selepas dia mengadu tentang bunyi bising dari pembesar suara masjid.

Defendan keturunan China, Meiliana, 44, ditahan pada 18 Mei kira-kira dua tahun lalu selepas kesnya mencetuskan rusuhan di Tanjung Balai, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Sumatera Utara.

Seorang jurucakap pejabat pendakwa raya tempatan, Sumanggar Siagian berkata, permintaan hukuman kepada Meiliana dibuat di Mahkamah Daerah di Medan, ibu negeri Sumatera Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumpulan tunjuk perasaan membakar dan merosakkan kira-kira 14 tokong Buddha di Tanjung Balai dalam satu tunjuk perasaan pada Julai 2016 selepas berita mengenai rungutan Meiliana tersebar.

Pendakwa raya berkata, defendan melanggar Kanun Keseksaan Indonesia dengan menghina Islam yang merupakan agama anutan terbesar di Indonesia. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN