KUALA LUMPUR – MCA mengumumkan anggota jawatankuasa parti bahagian Bangi, Tan Chee Teong (gambar) sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September depan.
Ia diumumkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Wisma MCA, di sini semalam.
“Walaupun Chee Teong tidak memegang jawatan tinggi dalam MCA, namun beliau merupakan calon paling sesuai kerana merupakan anak kelahiran Balakong dan menjadi aktivis daripada peringkat akar umbi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jadi MCA menampilkan seorang yang bertenaga, berwibawa, mengetahui semua masalah yang berlaku dalam kawasan serta tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya,” katanya berhubung calon berusia 40 tahun itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











