DUN Johor doakan mangsa kemalangan Bas Harapan Johor - Utusan Malaysia

DUN Johor doakan mangsa kemalangan Bas Harapan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 14 Ogos – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bersambung pada sesi petang hari ini mengambil kesempatan mendoakan keselamatan mangsa kemalangan Bas Harapan Johor dengan sebuah lori di Kampung Temiang, Jalan Salleh, Muar pagi tadi.

Timbalan Speaker, Gan Peck Cheng mengambil kesempatan menzahirkan rasa simpati atas kejadian itu ketika memulakan persidangan pukul 2.30 petang, selepas dewan berhenti rehat tengah hari tadi.

“Bas Harapan Johor terlibat kemalangan pagi ini dan berdasarkan maklumat awal, pemandu bas diserang sakit jantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita doakan semoga pemandu dan penumpang dapat diselamatkan,” katanya sebentar tadi.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang tidak dapat hadir pada sesi petang ini.

“Exco (Mazlan) mohon dikecualikan menghadiri persidangan sesi petang untuk menziarahi mangsa-mangsa kemalangan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi tadi, pemandu bas, Nordin Kosnon, 53, maut, manakala 12 penumpang dipercayai cedera ringan selepas bas berkenaan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Salleh berhampiran Kampung Temiang, Muar.

Nordin maut ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar manakala penumpang dan kelindan bas yang cedera merima rawatan di hospital sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN