Wanita maut, enam cedera pertembungan kereta - Utusan Malaysia

Wanita maut, enam cedera pertembungan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 11 Ogos – Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah apabila sebuah kereta jenis Honda City bertembung dengan kereta jenis Proton Persona di Kilometer 134 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu ialah Mek Nab Zakaria, 58, yang memandu kereta jenis Proton Persona.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Persona.

“Pertembungan itu mengakibatkan seorang mangsa iaitu pemandu kereta Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima orang mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zundin, mayat Mek Nab dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×