Festival Seni 2018 di pekarangan KLPAC pada 18, 19 Ogos - Utusan Malaysia

Festival Seni 2018 di pekarangan KLPAC pada 18, 19 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) menjemput orang ramai memeriahkan program Festival Seni 2018 di pekarangan KLPAC pada 18 dan 19 Ogos ini.

POSTER Festival Seni 2018. – UTUSAN ONLINE

Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin berkata, program bertemakan ‘You, Me + The Arts’ itu akan mengetengahkan kira-kira 350 aktiviti dan persembahan kesenian yang akan memperkaya minda dan jiwa pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Acara percuma ini bukan sahaja menyatukan pelbagai artis dan individu di bawah satu bumbung malah menyaksikan pelbagai elemen seni bergabung tenaga dengan pelbagai lapisan komuniti.

“Ekoran sambutan hangat pada festival lalu yang berjaya merekodkan lebih daripada 30,000 pengunjung, program ini disemarakkan lagi dengan aktiviti-aktiviti kegemaran ramai, sesuai dengan tema festival tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Yatela, program turut dimeriahkan dengan kehadiran 500 artis dan penggiat seni tanah air.

“Ini akan membolehkan pengunjung menikmati pelbagai acara kesenian seperti tarian, muzik, komedi, teater, seni visual dan teater kanak-kanak dalam bentuk persembahan, tayangan video, pameran, forum dan bengkel.

“Kepada peminat muzik pula, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan yang disusun oleh Soundscape Records termasuklah kumpulan lagenda rock indie Bittersweet, kumpulan eksperimental Pastel Lite dan Azmyl Yunor dan Orkes Padu.

Katanya lagi, antara tarikan lain adalah segmen tradisional Sounds and Sights of Orang Ulu oleh The Tuyang Initiative, tayangan filem Redha dan Adiwiraku serta persembahan daripada kumpulan AIIA, NETMBR, Drum Simfoni, Lee Wushu Arts Theatre dan Balletbase. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×