Transgender: Adakah cara Rasullulah tidak 'rahmatan lil alamin'? - Utusan Malaysia

Transgender: Adakah cara Rasullulah tidak ‘rahmatan lil alamin’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Sanusi Azmi menyarankan mencontohi ketegasan Nabi Muhammad terhadap golongan transgender bagi mengelakkan kemungkaran dan kerosakan berleluasa.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dr. Ahmad Sanusi berkata, adakalanya pendirian tegas perlu dinyatakan dalam membanteras kemungkaran agar anak muda faham bahawa perbuatan menyerupai wanita adalah amalan yang tidak diterima dalam Islam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa semalam yang mahu golongan transgender dibela selaras dengan prinsip rahmatan lil’alamin atau bersikap rahmah kepada semua yang menjadi teras kepada pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada situasi yang Rasulullah minta supaya mereka yang menyerupai wanita ini dikeluarkan dari rumah (HR al-Bukhari). Ini bagi mengelakkan pengaruh negatif berada di dalam rumah Muslim. Ketika arahan ini berlaku apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin?

“Ada situasi Rasulullah melaknat kumpulan pengamal LGBT ini sebanyak tiga kali. Sehingga Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak 3 kali sebegini seperti yang dilakukan kepada pengamal LGBT. Ketika laknat ini diucapkan, apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin?” kata Dr. Ahmad Sanusi dalam satu kenyataan.

Dr. Ahmad Sanusi berkata, sepanjang pengetahuan beliau tidak ramai golongan transgender didiskriminasi sehingga tidak dapat ke sekolah atau tidak dapat ke hospital.

Golongan itu juga bebas belajar, mendapat rawatan malah menjadi jutawan sekiranya mereka berusaha.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×