SST 2.0 mengulangi kelemahan lama - Utusan Malaysia

SST 2.0 mengulangi kelemahan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Pas melihat pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka mengulangi semula beberapa kelemahan semasa cukai itu dilaksanakan sebelum ini terutama soal manipulasi nilai di peringkat pengilang.

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, SST dijangka mengulangi kelemahan dalam keberkesanan sistem percukaian negara termasuk akan berlaku adalah percukaian berganda yang akhirnya ditanggung oleh pengguna seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan secara sekaligus.

Tambahnya, kelemahan lain ialah SST yang dikenakan kepada barang dan perkhidmatan bercukai, dilihat lebih mahal berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Asasnya, Pas meletakkan premis tidak bersetuju dengan pelaksanaan SST serta GST yang diamalkan oleh kerajaan Pusat.

“Kedua-dua jenis cukai kepenggunaan tidak menepati prinsip percukaian yang membebankan rakyat umum sebagai pengguna akhir sesuatu barang atau perkhidmatan. Campur tangan kerajaan dalam setiap urusniaga antara penjual dan pembeli melalui cukai akan meningkatkan harga dan seterusnya membebankan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Nasrudin berpandangan, pengenalan SST itu tidak menjadikan Pakatan Harapan berbeza daripada pemerintahan sebelum ini.

Pada masa sama katanya, jika tidak ada kehendak politik untuk menghapuskan pembaziran, rasuah dan menyusun keutamaan perbelanjaan, tidak mustahil kerajaan akan membebankan rakyat dengan mekanisme lain seperti kenaikan cukai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×