Bebas selepas 15 bulan dipenjara - Utusan Malaysia

Bebas selepas 15 bulan dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Penantian seorang nelayan Malaysia untuk pulang ke tanah air selepas 15 bulan ditahan di Penjara Pangkalan Penguat Kuasa Laut, Lanal Terempa di Kepulauan Riau, Indonesia akhirnya menjadi kenyataan apabila dia tiba di Jeti Stulang, Johor kelmarin.

Kamaruzaman Awi, 47, dari Dungun, Terengganu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia atas kesalahan menceroboh perairan negara itu pada April tahun lalu.

Dia merupakan antara enam nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sebelum dibebaskan selepas perbicaraannya dihentikan atas rundingan antara kedua-dua kerajaan pada November lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamaruzaman berkata, dalam kejadian April tahun lalu, bot kelas B yang dikemudinya terbabas ke Kepulauan Latuna berhampiran sempadan antarabangsa sebelum botnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini