Guardiola idam ilmu taktikal Sarri - Utusan Malaysia

Guardiola idam ilmu taktikal Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersedia untuk mempelajari ilmu taktikal baharu daripada pengendali Chelsea, Maurizio Sarri selepas kedua-duanya bakal bertembung pada aksi Piala Perisai Komuniti malam ini.

“Saya dan Sarri sebenarnya adalah kawan rapat. Kami pernah menikmati makan malam bersama-sama di Itali. Perlawanan ini akan saya jadikan medium untuk mempelajari ilmu baharu daripadanya.

“Saya yakin kehadiran Sarri di kancah Liga Perdana England akan mendatangkan faedah terhadap pengurus yang berkelana di sini. Sarri adalah pengurus yang kaya dengan idea baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi falsafah yang diterapkan nanti, saya percaya kami dapat mempelajari ilmu baharu daripadanya, sekali gus dapat menambah baik mutu permainan pasukan masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas jurulatih Barcelona itu juga mahu membuktikan bahawa pemain buruan mereka yang disambar Chelsea, Jorginho telah membuat kesilapan apabila berhijrah ke Stamford Bridge.

“Selamat berjaya saya ucapkan kepada Jorginho di Chelsea. Sebelum ini saya akui bahawa kami hampir mendapatkan khidmatnya tetapi dia telah membuat keputusan untuk bersama Sarri.

“Saya sentiasa mengalu-alukan pemain yang mahu datang ke sini. Jorginho memang berniat untuk tidak datang ke Etihad dan saya rasa kami memang tidak memerlukan pemain yang tidak ada hati dengan pasukan City,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini