Kian Chuan dilantik Pengerusi MTC - Utusan Malaysia

Kian Chuan dilantik Pengerusi MTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pengerusi Eksekutif Low Fatt Wood Group of Companies, Datuk Low Kian Chuan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai lalu.

MTC dalam satu kenyataan memaklumkan, Kian Chuan, 58, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan dari Wilfrid Laurier University, Kanada.

Jelas kenyataan itu, Kian Chuan memulakan kerjaya dalam industri perkayuan dengan menyertai perusahaan kilang kayu milik bapanya di Terengganu selepas menamatkan pengajian di universiti pada 1984.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kian Chuan mewakili Persatuan Industri-industri Kayu Terengganu (TWIA) pernah menyertai Persekutuan Dagangan Perkayuan Malaysia (TTFM) sebagai ahli jawatankuasa sebelum menjadi bendahari dan kemudiannya menjadi Presiden Persatuan Industri-industri Kayu Malaysia (MWIA).

“Sekarang beliau telah bersara dan menjadi Penasihat MWIA,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×