SPSB mohon pembelaan Shahrir dibatalkan - Utusan Malaysia

SPSB mohon pembelaan Shahrir dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) telah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan pembelaan yang telah difailkan oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada 18 Julai lalu.

SPSB dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah susulan daripada penelitian pernyataan pembelaan yang telah difailkan oleh Shahrir pada 6 Julai lalu yang gagal memberikan alasan mengapa kenyataan-kenyataan media telah dibuat terhadap SPSB. 

“Ekoran itu, pihak Shahrir telah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan yang dibuatnya supaya ia tidak dibatalkan,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pendaftar, Catherine Nicholas telah menetapkan 1 Oktober ini bagi pengurusan kes permohonan-permohonan tersebut.

SPSB diwakili oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan manakala Tetuan Zul Rafique & Partners mewakili Shahrir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×