Empangan Lynchburg gagal berfungsi, penduduk diarah berpindah - Utusan Malaysia

Empangan Lynchburg gagal berfungsi, penduduk diarah berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA 3 Ogos – Arahan berpindah telah dikeluarkan di Lynchburg di sini berikutan kebimbangan Empangan College Lake gagal berfungsi sekali gus menyebabkan banjir.

Menurut Jabatan Sumber Air Lynchburg, paras air di empangan itu kini melepasi kapasiti 15 sentimeter (sm) selepas hujan semalam.

Bandar Lynchburg merupakan penempatan yang terletak di bahagian hilir empangan berkenaan, lapor portal BBC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkhidmatan Air Negara memaklumkan, jika empangan itu gagal berfungsi sepenuhnya penempatan itu akan ditenggelami air sehingga lima meter dalam tempoh tujuh minit.

Lynchburg mempunyai seramai 80,0000 penduduk di sepanjang pergunungan Blue Ridge.

Para pegawai telah memberi amaran kepada penduduk agar tidak memandu kenderaan di sepanjang jalan yang ditenggelami air kerana bimbang terdapat sisa runtuhan di dalam air berkenaan.

Laporan itu juga menyebut, penduduk yang paling berisiko telahpun dipindahkan ke sekolah berhampiran dan tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh 24 jam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×