Angkasa rancang bekal makanan halal ke Olimpik - Utusan Malaysia

Angkasa rancang bekal makanan halal ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 Ogos – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedang meneroka peluang membekalkan produk makanan halal untuk kontijen Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya mendapat permintaan dari Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun (JCCU) untuk membantu mengeksport produk halal keluaran koperasi tempatan bagi keperluan atlet dan pegawai beragama Islam sempena temasya sukan terbesar dunia tersebut.

“Angkasa akan mendapat kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam untuk membantu koperasi tempatan memenuhi kriteria persijilan halal berhubung urusniaga tersebut..

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbincangan mengenainya sedang berlangsung dengan JCCU dan dijangka dimuktamadkan pada tahun hadapan,”  katanya selepas merasmikan program Pemerkasakan Strategi Perniagaan Koperasi peringkat Terengganu di sini petang semalam.

Abdul Fattah berkata, selain persijilan halal daripada Jakim, produk makanan halal yang hendak dibekalkan untuk Sukan Olimpik Tokyo tersebut dikehendaki juga mengikut piawaian pihak berkuasa Jepun yang agak tinggi.

Sehubungan itu, beliau berkata, koperasi berminat yang akan dikenal pasti kelak dan  perlu membuat persediaan bagi menetapi piawaian terbabit.

“Justeru mereka bolehlah memulakan persediaan sama ada menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar makanan halal atau mengeksport produk halal milik koperasi sendiri dari pelbagai aspek termasuk pelabelan dan pembungkusan,’’ katanya

Beliau berkata, selain Jepun, Angkasa juga mendapat permintaan untuk membantu daripada koperasi Korea Selatan dan China dalam pembekalan dan pembuatan produk halal di negara masing-masing.

Abdul Fattah berkata, setakat ini, negara memiliki 14,000 koperasi di seluruh negara  yang menjana perolehan tahunan sebanyak kira-kira RM40 bilion dan jumlah itu  dijangka meningkat kepada RM50 bilionpada tahun 2020. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×