Tiada unsur jenayah kematian Mahadzir - Utusan Malaysia

Tiada unsur jenayah kematian Mahadzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 3 Ogos – Pengacara popular, Datuk Mahadzir Lokman yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel pagi ini dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi Allahyarham.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, siasatan awal pihaknya mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di dalam bilik mangsa menginap, justeru kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi ini dan anggotanya yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di lokasi tidak terdapat unsur-unsur jenayah dan mangsa berkemungkinan mati disebabkan sakit yang dialaminya sebelum ini. Walaubagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×