HFMD: Lagi prasekolah di Negeri Sembilan ditutup - Utusan Malaysia

HFMD: Lagi prasekolah di Negeri Sembilan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah lagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini ditutup kerana penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

Beliau berkata, ini menjadikan kesemua Taska, Tadika dan prasekolah yang masih ditutup di seluruh negeri adalah lima (tiga Tadika, 1 prasekolah dan 1 sekolah) dan  semuanya terletak di Seremban.

“Hingga hari ini (3 Ogos), jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,853 kes berbanding hanya 591 kes untuk tempoh sama pada 2017 iaitu peningkatan hingga 214 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,300 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (136 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (97 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (55 kes) dan 48 kes di Tampin.

Katanya, jumlah kes yang didaftarkan setakat ini pula adalah 255 iaitu 185 kes di Seremban, Port Dickson (29 kes), Kuala Pilah (17 kes), Rembau (10 kes), Jempol (7 kes) dan tujuh kes di Jelebu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×