PULAU PINANG 3 Ogos – Mesyuarat pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang membuka tirainya dengan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy; Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang serta sebahagian besar Exco serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah jawatan mereka, semalam.
Terdahulu, Abdul Rahman tiba di pekarangan bangunan DUN di sini kira-kira pukul 9.45 pagi.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan diiringi persembahan pancaragam sebelum berarak masuk ke dalam dewan.
Sidang DUN kali ini dijangka berlangsung selama lima hari bermula Isnin ini. – UTUSAN ONLINE











