Lelaki Indonesia dipenjara tanam pokok ganja sebagai ubat isteri - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia dipenjara tanam pokok ganja sebagai ubat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Ogos – Seorang lelaki Indonesia yang menanam pokok ganja bagi meringankan penderitaan penyakit kanser yang dialami isterinya dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan oleh mahkamah di sini, semalam di sebalik bantahan daripada kumpulan berhaluan kanan dan aktivis.

Fidelis Arie Sudewarto didapati bersalah menanam pokok ganja tanpa kebenaran oleh mahkamah daerah Sanggau di Kalimantan Barat, walaupun dia mengakui bahawa kaedah itu tidak membantu menyembuhkan penyakit syringomyelia atau gangguan yang mengakibatkan ketumbuhan membentuk pada tulang belakang isterinya.

Mahkamah turut memerintahkan Sudewarto supaya membayar denda sebanyak 1 bilion rupiah (RM321,030) atau menjalani hukuman penjara tambahan selama sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam mewakili tertuduh, Marcelina Lin berkata, selepas menggunakan ganja, isteri Sudewarto, Yeni Riawati semakin sihat manakala luka pada tulang belakangnya mula pulih.

Bagaimanapun di sebalik penjelasan Sudewarto, agensi narkotik tempatan tetap bertindak menahan tertuduh pada Februari manakala Riawati meninggal dunia sebulan selepas suaminya ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini