LONDON 3 Ogos – Crystal Palace menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama Max Meyer setelah kontraknya di Schalke 04 tamat tempoh, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Meyer, 22, menjadi pemain ketiga dibeli oleh kelab yang berpangkalan di selatan London itu selepas Vicente Guaita menyertai mereka pada bulan lalu dan Cheikhou Kouyate berpindah ke Selhurst Park dari West Ham, Rabu lalu.
“Saya pernah beraksi di Selhurst Park pada musim lalu ketika bersama Schalke dan suasana di sini cukup sempurna membuatkan saya tidak sabar untuk merasai pengalaman bermain dalam EPL,” kata Meyer.
Meyer membuat penampilan empat kali bersama Jerman sudah menjaringkan 22 gol sepanjang 192 penampilannya bersama Schalke, tiga daripadanya ketika kempen Liga Juara-Juara. Dia turut membantu kelabnya menamatkan kempen Bundesliga di tempat kedua. – REUTERS











