KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai menjadi mangsa kerakusan seorang penjenayah yang merogolnya dalam kejadian samun di sebuah butik pakaian wanita di sini kelmarin.
![]() |
|
|
Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang berada bersendirian di premis berkenaan ketika kejadian telah didatangi suspek yang menyamar sebagai pelanggan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar (gambar) berkata, suspek yang berusia 30-an cuba berbual mesra dengan pembantu kedai wanita tersebut dengan bertanyakan nombor telefon bimbitnya sebelum tiba-tiba mengancam mangsa dengan mengacukan pisau.
“Suspek kemudiannya bertindak memperkosa mangsa sebelum melarikan sejumlah wang yang merupakan hasil jualan butik pakaian wanita tersebut.
“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu dan satu pasukan khas yang dibentuk kemudiannya telah mengenal pasti wajah suspek berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup yang dipasang di premis berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.












