Dr. Mahathir tidak campur tangan urusan dalaman PKR - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tidak campur tangan urusan dalaman PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencampuri urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir turut menolak dakwaan beliau dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR mempunyai perancangan menjatuhkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pernahkah anda melihat yang bercakap buruk tentang Anwar atau Azmin atau orang lain? Ini parti mereka. Saya tidak campur tangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan di bangunan Parlimen di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak menge­tahui tentang tiga rakaman audio yang dikatakan mirip Anwar yang didakwa mengkritiknya dan Mohamed Azmin dan ia tular melalui aplikasi Whats­App sejak semalam.

“Tak ada lah. Saya tak tahu, saya tak dengar pun, dia tak pernah kata pun,” kata Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR menafikan rakaman audio tersebut adalah suara asli Anwar.

“Allah… siapa punya cong (penipuan) ni? Saya dah ta­nya dia (Anwar) dan saya juga pasti itu bukan suara dia,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×