MBM pula tegur Syed Saddiq - Utusan Malaysia

MBM pula tegur Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Selepas menerima kritikan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), kini giliran Majlis Belia Malaysia (MBM) pula menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Biarpun tidak sampai dua minggu selepas berkongsi pentas dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu, nampaknya MBM tidak canggung untuk menegur Syed Saddiq.

Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin
Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin

Menerusi satu kenyataan, Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin menggesa Ahli Parlimen Muar itu memohon maaf di atas keceluparan beliau menyamakan persatuan belia dengan ‘macai politik’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mua’amar Ghadafi turut menggesa Syed Saddiq menarik balik kenyataan tersebut selain tidak lagi mengulangi kesilapan serupa.

“Istilah ‘macai politik’ tidak ada dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun dalam bahsa pasar orang Cina, ‘Ma’ bermaksud kuda manakala `cai’ ialah si kecil, si muda atau binatang yang muda, ia mempunyai konotasi negatif terhadap pelaku sebagai orang suruhan politik.

“Adalah tidak wajar perkataan tersebut diucapkan di dalam dewan yang mulia tanpa memberi pengertian jelas kerana mengundang persepsi negatif,” katanya.

Menurut Mua’amar Ghadafi, sekali pun terdapat ahli dan kepemimpinan MBM mahu pun badan gabungannya terlibat aktif dengan parti politik sama ada di peringkat kerajaan mahu pun pembangkang, tidak bermakna keseluruhan persatuan belia tersebut merupakan ‘macai politik’.

“Adalah tidak wajar hanya segelintir pemimpin belia yang terlibat, maka label ‘macai politik’ diletakkan kepada pertubuhan belia.

“MBM meraikan pendirian politik masing-masing dan berusaha mewujudkan budaya politik matang dan bertanggungjawab dalam kalangan belia,” jelas beliau.

Mua’amar Ghadafi bagaimanapun memberitahu, MBM memahami dan bersedia bersama dengan aspirasi Syed Saddiq agar persatuan belia menjadi kuasa pendesak belia terkuat sebagai pengimbang kepada kerajaan demi masa depan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×