Kuasa penguatkuasaan pusat hiburan PBT dikaji - Utusan Malaysia

Kuasa penguatkuasaan pusat hiburan PBT dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji untuk menyelaraskan per­untukan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan lesen pusat hiburan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian sedang mengumpul input daripada pihak polis supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan oleh ke­dua-dua pihak.

“Apa yang berlaku sekarang PBT keluarkan lesen jadi apabila mendapat aduan seperti pusat hiburan yang disalah guna sebagai pusat judi, PBT turun padang tetapi mereka tidak boleh ambil tindakan terhadap golongan ini kerana ia jatuh dalam kategori jenayah,” katanya kepada pembe­rita di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zuraida berkata beliau telah meminta PBT meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan bekerjasama dengan polis bagi membendung masalah itu.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×