Remaja maut, Perodua Myvi bertembung bas - Utusan Malaysia

Remaja maut, Perodua Myvi bertembung bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Seorang remaja perempuan maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas dalam satu kemalangan di Jalan Binjai Bongkok, Bukit Payong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Nor Izzati Khairunnisa Asli, 19, dari Kampung Manir, Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. 

Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Fauzi Mohd. Yazid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.44 petang sebelum enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Wakaf Tapai dikerahkan ke tempat kejadian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota mengambil masa selama 30 minit bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit pada tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi. 

“Pemandu bas sekolah itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini