Bincang isu pelaburan China - Utusan Malaysia

Bincang isu pelaburan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam me­ngadakan perbincangan tentang lawatan yang bakal beliau lakukan ke China dengan diplomat tertinggi negara itu, Wang Yi.

Yi yang menyandang jawatan Kaunselor ­Majlis Negara dan Menteri Luar China mengunjungi Mahathir di Perdana Putra dalam rangka lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula kelmarin.

Pada pertemuan selama kira-kira 90 minit itu, Mahathir dan Yi juga mengadakan perbinca­ngan tentang isu dua hala dan serantau di sam­ping perkara berkaitan pelaburan serta pengangkutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Duta Besar China di Malaysia, Bai Tian.

Kelmarin Yi mengunjungi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra dan me­ngadakan perbincangan selama hampir tiga jam tentang isu dua hala dan serantau.

Yi berkata, kunjungan beliau ke Malaysia bertujuan mengatur persiapan bersama-sama rakan sejawatannya di Malaysia berkaitan lawatan rasmi Mahathir ke China pada pertengahan Ogos ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini