Pesawat Aeromexico terhempas - Utusan Malaysia

Pesawat Aeromexico terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 1 Ogos – Sekurang-kurangnya 97 orang cedera apabila sebuah pesawat syarikat pener­ba­ngan Aeromexico terhempas se­jurus berlepas dari negeri Durango, Mexico, semalam namun kesemua penumpang dan kru terselamat.

Pengendali lapangan terbang, Grupo Aeroportuario del Centro Norte dalam satu kenyataan berkata, pesawat sederhana besar itu hampir penuh dengan 97 penumpang dan empat kru sebelum ia terhempas kira-kira pukul empat petang waktu tempatan.

Menurut penumpang, Jacke­line Flores memberitahu media bahawa jet penumpang itu terhempas ketika hujan lebat dan dia berjaya menyelamatkan diri bersama anaknya melalui sebuah lubang pada badan kapal terbang yang dipenuhi asap tebal dan api.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang kanak-kanak perempuan keluar dari pesawat sambil menangis kerana kakinya terbakar,” kata Flores tanpa memperincikan ejaan sebenar namanya sambil menjelaskan dia berasal dari Bogota, Colombia.

Katanya, pesawat itu baru sahaja terbang sebelum ia jatuh dan dia kehilangan pasport serta dokumen peribadi lain kerana terbakar.

“Saya rasa dirahmati dan bersyukur kepada Tuhan,” katanya.

Dalam pada itu, imej televi­syen menunjukkan badan pesa­wat jenis Embraer itu rosak teruk selepas ia terhempas di kawasan semak dan kepulan asap menjulang ke udara.

Jurucakap bagi agensi pertahanan awam Durango, Alejandro Cardoza berkata, jet penumpang itu membuat pendaratan cemas kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang ketika pihak berkuasa lain melaporkan nahas berlaku berhampiran kemudahan terbabit.

Cardoza berkata, kira-kira 85 orang cedera ringan dan kebakaran pesawat berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Agensi pertahanan awam berkata, sebanyak 37 orang dimasukkan ke hospital manakala jabatan kesihatan memaklumkan dua penumpang kritikal.

Sementara itu, pengendali lapangan terbang mengaitkan insiden tersebut dengan cuaca buruk dengan memetik laporan awal kejadian.

Seorang penumpang memak­lum­kan kepada rangkaian tele­visyen Televisa bahawa jet pe­numpang itu baru berlepas se­belum badan pesawat seperti dihentam arus udara kuat.

“Kami kesal dengan kejadian ini, ahli keluarga mereka yang terjejas sentiasa dalam ingatan dan perhatian kami,” kata Aero­mexico dalam satu kenyataan.

Ketua agensi penerbangan awam Mexico, Luis Gerardo Fonseca berkata, siasatan bagi me­­nge­tahui punca kes itu akan memakan masa berbulan-bulan ketika pihaknya menunggu ope­rasi menyelamat selesai bagi mendapatkan kotak hitam pesawat.

Pesawat dengan nombor pe­nerbangan 2431 adalah daripada jenis Embraer 190 dalam perjalanan ke Mexico City sebelum terhempas.

Bagaimanapun jurucakap bagi syarikat penerbangan Mexico itu enggan mendedahkan senarai kerakyatan penumpang pesawat malang tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×