Pentas sulung Piala Cabaran - Utusan Malaysia

Pentas sulung Piala Cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) melakar sejarah baharu apabila Malaysia Football League (MFL) buat julung-julung kalinya menganjurkan kejohanan Piala Cabaran melibatkan lapan pasukan yang gagal berentap pada Piala Malaysia musim ini.

Lapan pasukan tersebut ialah Negeri Sembilan, UKM FC, Terengganu FC II (TFC II), Sarawak, UITM FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Pulau Pinang dan satu pasukan jemputan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA).

Kejohanan Piala Cabaran yang terbahagi kepada dua kumpulan itu menyaksikan UKM FC, Negeri Sembilan, TFC II dan Sarawak diundi dalam Kumpulan A.

Memuatkan artikel berkaitan…

UITM FC, ATM FA, JDT II serta Pulau Pinang pula berada dalam Kumpulan B dengan aksi pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 7 dan 8 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menegaskan, penganjuran Piala Cabaran buat julung-julung kalinya itu bukan sebagai pelengkap jadual seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

“Kita mahu Piala Cabaran menjadi salah satu saingan penting kepada pasukan-pasukan yang tidak berpeluang beraksi pada Piala Malaysia. Piala Cabaran ini bukan sekadar memenuhi kalendar Liga M,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini