Penganggur didakwa cuba rogol, rompak berkumpulan - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa cuba rogol, rompak berkumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cubaan merogol dan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang eksekutif sumber manusia, empat tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amyrul Amry Che Azman, 25, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Noradura Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa cuba merogol mangsa yang berusia 40 tahun di sebuah rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil, Cheras di sini pada pukul 9 pagi, 11 November 2014.

Dia bersama seorang yang telah dituduh turut didakwa merompak mangsa di tempat, masa dan tarikh sama dengan melarikan wang tunai RM800, seunit telefon bimbit, seunit tablet, dua utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas dan segugus kunci kereta Proton Saga BLM.

Pertuduhan terhadap Amyrul Amry dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 kanun sama yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan sebarang ikat jamin ekoran kesalahan itu termasuk dalam kategori tidak boleh dijamin.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ekoran tiada penjamin hadir dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Jun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN