99 barang naik harga, 103 turun - Utusan Malaysia

99 barang naik harga, 103 turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 99 jenis barang mentah dan keperluan harian pengguna mencatatkan kenaikan harga sekitar 30 sen hingga 50 sen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenaikkan harga itu direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur yang melakukan pemeriksaan di premis-premis perniagaan termasuk pasar raya, pasar awam dan kedai runcit di sekitar ibu negara.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, hasil pemeriksaan anggota penguat kuasa mendapati antara 99 jenis barang itu adalah ayam proses, ikan dan beberapa bahan mentah lain.

“Purata kenaikan tersebut adalah sekitar 30 sen hingga 50 sen. Bagaimanapun, di sesetengah lokasi mencatatkan penurunan harga sebanya 20 sen iaitu daripada RMRM6.70 kepada RM6.50.

“Selain itu, 103 jenis barang yang mencatatkan penurunan harga adalah ikan cecaru dan udang putih. Malah kadarnya mencecah sehingga RM2,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ummi Nasrah, harga barang tertakluk kepada pasaran terbuka justeru pengguna perlu memanfaatkan aplikasi Price Catcher bagi membuat perbandingan harga dan membantu dalam membuat keputusan untuk membeli-belah.

Ujar beliau, sekiranya pengguna mendapati peniaga menaikkan harga pada kadar yang tidak munasabah demi mengaut keuntungan berlebihan, aduan boleh dibuat secara terus di pejabat KPDNKK Kuala Lumpur di Tingkat 27 atau Tingkat 26, Sunway Putra Place, 100 Jalan Putra, 50622 Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03- 800 886 800.

Tambah beliau, aduan juga boleh dibuat secara atas talian menerusi emel [email protected] atau melalui aplikasi ez-adu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN