Calon PKR buat laporan polis terhadap Tajuddin - Utusan Malaysia

Calon PKR buat laporan polis terhadap Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Mei – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dari PKR, Mohamad Maharani Md. Tasi hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melakukan salah laku dan penyelewengan.

Memuatkan artikel berkaitan…
Calon PKR buat laporan polis terhadap Tajuddin
Tajuddin Abdul Rahman

Laporan tersebut dibuat oleh Mohamad Maharani atau Cikgu Maharani di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.

Menurut Mohamad Maharani, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu didakwa telah melakukan salah laku dan penyelewengan ketika menjadi Pengerusi Felcra pada tahun 2008 hingga 2014.

Antara lain, dakwa Mohamad Maharani, Tajuddin telah membelanjakan wang Felcra semasa PRU-13.

“Bil-bil keraian dituntut menggunakan dana Felcra Changkat Lada sehingga menyebabkan pihak Felcra gagal meningkatkan pembayaran dividen kepada peserta,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN