6 inti pati cadangan caruman KWSP untuk suri rumah - Utusan Malaysia

6 inti pati cadangan caruman KWSP untuk suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertemu dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membincangkan kadar caruman KWSP untuk suri rumah pada minggu hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan caruman berkenaan merupakan satu keutamaan bagi pihaknya memandangkan ia adalah salah satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Berikut adalah antara inti pati cadangan berkenaan.

  • Inisiatif terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbir negara
  • Caruman melibatkan dua peratus daripada gaji suami
  • Caruman itu tidak termasuk potongan wajib suami kepada pihak KWSP
  • Suri rumah sebagai penerima turut diberi RM50 daripada dana kerajaan
  • Mekanisme seperti siapa yang layak terutama bagi lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri akan dikaji
  • Terdapat lebih lima juta suri rumah di negara ini
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN