JOHOR BAHRU 23 Mei – Ingin menikmati keenakan sup rawon dan asam pedas bandar Maharani yang ‘power’, Swiss Inn Johor Bahru adalah destinasi tepat untuk dikunjungi.
Nyata Rilek the Cafe di hotel berkenaan sentiasa menjadi tumpuan pelanggan untuk merasai hidangan tersebut bersama-sama keluarga dan kenalan.
Malah sempena bulan Ramadan ini, pelanggan turut berpeluang menikmati pelbagai hidangan termasuk nasi beriani, udang masak lemak rebung, ayam Kong Po, laksa Johor dan otak-otak.
Bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan, Swiss Inn menyediakan lebih 100 hidangan tradisional termasuk pencuci mulut.
Hidangan bufet Ramadan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun ini ditawarkan pada harga RM98 seorang untuk pelanggan dewasa.
Bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga 12 tahun, mereka hanya dikenakan bayaran sebanyak RM40, manakala kanak-kanak berusia di bawah empat tahun pula, yang hadir bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing adalah percuma.
Pelanggan yang ingin bersahur, Rilek the Cafe turut dibuka bermula pada pukul 4.30 pagi.
Untuk sebarang tempahan serta keterangan lanjut, bolehlah menghubungi talian 07-2183333 sambungan 3351 atau e-mel ke [email protected].











