Najib perlu hadir di ibu pejabat SPRM esok - Utusan Malaysia

Najib perlu hadir di ibu pejabat SPRM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10 pagi esok bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata, Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, perlu dirakam keterangan berhubung perkara itu.

Semalam, Najib hadir buat kali pertama di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini