Noor Azmi setia bersama BN - Utusan Malaysia

Noor Azmi setia bersama BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI 22 Mei – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menegaskan, beliau masih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan tiada niat untuk meninggal parti.

NOOR AZMI GHAZALI

Noor Azmi berkata, beliau akan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat BN dengan memberi khidmat kepada rakyat di sini yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, walaupun ada mene­rima tawaran daripada pihak ter­tentu supaya menyertai parti lain, dia tidak hasrat untuk meninggalkan BN dan UMNO.

“Saya masih sayangkan BN, jadi tiada sebab untuk berubah arah. BN mengajar saya menjadi ahli politik kerana sebelum ini hanya seorang doktor biasa.

“Kemahiran saya sebagai doktor turut saya curahkan kepada rak­yat sejak sepenggal lalu apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen di sini,” katanya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa, di sini kelmarin.

Menurutnya, penjelasan itu diharap dapat menafikan toh­mahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memainkan isu beliau menyertai parti lain.

“Bulan puasa sekarang ini lebih baik digunakan sepenuhnya tumpuan kepada ibadat bukannya membuat toh­mahan,” katanya.

Menurutnya, selama satu penggal sebagai wakil rakyat yang mewakili BN di Parlimen Bagan Serai, BN membawa banyak perubahan di Bagan Serai untuk rakyat khususnya golongan petani, nelayan dan rakyat berpendapatan rendah.

Begitupun, kata­nya, banyak lagi program pembangunan untuk rakyat di sini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa walaupun BN kini menjadi pembangkang.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat pembangkang, peruntukan sudah tentu amat terhad malahan mungkin tidak ada.

“Jika tahun lalu ada bantuan hari raya untuk rakyat yang miskin, namun mungkin tiada bantuan pada kali ini. Saya sedih me­ngenangkan keadaan rakyat miskin yang akan menyambut hari raya setelah BN tidak menjadi kerajaan lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN