Pembeli kereta Proton nikmati harga pada kadar sifar GST - Utusan Malaysia

Pembeli kereta Proton nikmati harga pada kadar sifar GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pembeli kereta Proton akan menikmati harga harga berkadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa  serta-merta walaupun kadar baharu GST hanya akan dilaksanakan mulai 1 Jun.

Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) berkata harga yang ditawarkan  kekal  pada kadar sama sehingga pelaksanaan kadar sifar GST.

“Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tawaran kadar sifar GST juga dipanjangkan kepada semua pusat servis Proton yang diiktiraf dengan diskaun enam peratus  (untuk kos pekerja dan alat ganti penyelenggaraan berkala sahaja) ditawarkan kepada semua pemilik yang menghantar kereta mereka untuk penyelenggaraan berkala,” kata Proton dalam kenyataan hari ini.

Pembuat kereta nasional itu berkata pelanggan juga akan menikmati inisiatif jualan yang menarik bulan ini, yang memudahkan lagi orang ramai untuk memiliki kereta Proton. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN