Dua peguam Najib tarik diri - Utusan Malaysia

Dua peguam Najib tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Datuk Harpal Singh Grewal mengesahkan telah menarik diri dari mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.

HARPAL SINGH
HARPAL SINGH

Menurut peguam itu, beliau dan seorang lagi peguam, M. Athimulan mengambil keputusan tersebut selepas Najib bertindak menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.

“Kami tidak dipecat, tapi kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN