[VIDEO] Pemimpin Islam wajar martabatkan Islam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemimpin Islam wajar martabatkan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pemimpin Islam di negara ini termasuk dalam kepimpinan barisan kerajaan baharu digesa untuk meletakkan Islam pada tempat yang pertama dalam apa jua keadaan.

Hal ini kerana musuh Islam sudah semakin jelas kelihatan termasuk di dalam negara sendiri dan mereka terus mendesak mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang liberal.

Ujar Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd. Zahid Mahmood Al-Hafiz, golongan tersebut juga semakin berani menyatakan hasrat yang bercanggah dengan kehendak Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, sebagai umat Islam harus bersatu dan menentang perkara ini demi kebaikan masa hadapan negara kita,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd. Zahid berkata demikian ketika ditemui dalam Program Solat Hajat dan Doa Selamat Perdana di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini.

Turut hadir, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Mohd. Zahid turut menjelaskan antara objektif penganjuran Program Solat Hajat dan Doa Selamat Perdana tersebut adalah untuk memohon berkat dan perlindungan daripada Allah.

“Program ini dilakukan serentak di 1,200 institusi tahfiz di seluruh negara dan dalam doa tersebut, kita bermohon agar pemimpin Islam yang diberi amanah dapat menggalas tanggungjawab dengan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN