Masa terbaik lakukan transformasi pendidikan negara - Utusan Malaysia

Masa terbaik lakukan transformasi pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sekarang merupakan masa terbaik untuk melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, tiba masanya Kementerian Pendidikan meneroka kaedah baharu yang boleh melonjakkan sistem pendidikan negara setanding negara-negara maju yang lain.

“Saya harap pada masa depan sistem pendidikan Malaysia boleh menjadi penanda aras selain mempunyai daya saing yang tinggi dalam membangunkan modal insan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas diraikan oleh kakitangan Kementerian Pendidikan kerana telah bersara wajib sebagai penjawat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alias, 60, yang telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai penjawat awam mengetip keluar kad perakam waktu terakhirnya pada pukul 4.27 petang.

Dalam pada itu, Alias berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga adalah yang perancangan terbaik yang pernah kita wujudkan melalui bekas menteri terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Alias memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Pembangunan dan Bekalan pada 9 Januari 1984 sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian pada 3 September 2016.

Alias menerusi karier perkhidmatannya selama 34 tahun bersama kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, penyelidikan dan dasar, pengurusan sumber manusia dan keselamatan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ketua Pengarah Imigresen dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Alias yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari universiti sama. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini