Lima anggota polis, orang awam ditahan - Utusan Malaysia

Lima anggota polis, orang awam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Lima anggota polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kelmarin, selepas dipercayai terlibat memiliki kad pengenalan individu lain dan dadah dipercayai syabu.

Difahamkan, turut ditahan iaitu seorang orang awam yang turut terlibat.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6.11 petang itu, kesemua mereka ditahan dalam sebuah van Balai Polis Bergerak di Pandan indah, dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun itu merupakan anggota tugas am yang terlibat dalam sekatan jalan raya di kawasan terbabit.

“Hasil maklumat awam, kita menemukan lima kad pengenalan milik dan tiga lesen kenderaan memandu atas nama individu tidak dikenali.

“Selain itu, kita turut menemukan sepaket dadah jenis syabu seberat 1.06 gram dalam van itu,” katanya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan dilakukan oleh pihak Bukit Aman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN