Fendy Bakry dimasukkan ke hospital lagi - Utusan Malaysia

Fendy Bakry dimasukkan ke hospital lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Hero drama Mr. Grey, Fendy Bakry, 30, sekali lagi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan setelah keadaan kesihatannya dikhabarkan kembali merosot pada tahap membimbangkan.

Menurut sumber yang juga kenalan rapatnya, Fendy yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Pencarian Hero Remaja 2012 itu ditempatkan di sebuah wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ketika ditanya keadaan kesihatan pelakon itu, sumber tersebut enggan mendedahkan maklumat terperinci sebaliknya memohon semua pihak mendoakan agar Fendy disembuhkan daripada segala jenis penyakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa yang sama, Utusan Online juga gagal memperoleh sebarang jawapan daripada wakil syarikat pengurusan Prokuya Studios mengenai perkembangan terkini pelakon tersebut.

Terdahulu, pada 25 April lalu, Fendy atau nama sebenarnya Mohd. Affandi Nor Bakri tiba-tiba jatuh sakit usai menjalani penggambaran Mr. Grey dan dimasukkan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sejurus dibenarkan keluar, Fendy dibawa pulang ke kampung halamannya di Kangar, Perlis oleh ahli keluarganya untuk mencuba kaedah perubatan alternatif Islam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN