Hotel MITC tawar 140 juadah sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Hotel MITC tawar 140 juadah sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Mei – Sempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel MITC di Ayer Keroh di sini melancarkan menu bufet Citarasa Ramadan Tradisi Chef Rahim kepada orang ramai yang berbuka puasa di hotel itu mulai 18 Mei lalu.

Sebanyak 140 juadah beraneka jenis ditawarkan kepada pengunjung dan daripada jumlah itu, lebih tujuh jenis hidangan berkonsepkan warung bagi menghidupkan kemeriahan suasana Ramadan di Hotel MITC.

Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri berkata, promosi bufet itu berlangsung sehingga 13 Jun depan bermula pukul 6.30 petang hingga 9 malam dengan harga yang berpatutan iaitu RM65++ bagi dewasa dan RM25++ kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakej berbuka puasa sama ada persendirian atau korporat juga turut ditawarkan kepada pelanggan yang ingin meraikan anak-anak yatim dan kita menyediakan ruang yang boleh meliputi 100 hingga 400 orang.

“Harga diskaun juga akan diberikan sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Bufet Ramadan itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Muhammad Jailani Khamis di sini.

Menurut Sazali, kenikmatan berbuka puasa lebih selesa kepada pengunjung kerana pihaknya menyediakan konsep makan di dalam taman malah kolam renang yang terletak bersebelahan Halaman Brisu (Brisu Courtyard) juga dibuka untuk kanak-kanak pada waktu malam.

“Konsep terbuka yang menjadi lokasi berbuka puasa hotel ini juga mampu menampung kehadiran 400 pengunjung dalam satu-satu masa. Bagi mereka yang ingin menikmati moreh selepas tarawih boleh singgah di Asahan Coffe Bar hotel ini yang menyediakan set moreh bermula dari RM15++ sahaja.

Orang ramai yang berminat untuk menikmati juadah yang disediakan boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bufet Ramadan dengan menghubungi talian 06-2331551. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN