Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Allahyarham Hashim Aman

Allahyarham yang berusia 89 tahun berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara bermula tahun 1980 hingga 1984.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi di Perbadanan Nasional Berhad dan Maybank.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan dikebumikan selepas solat asar, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN