Lori bawa pasir terjunam dalam gaung - Utusan Malaysia

Lori bawa pasir terjunam dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Mei – Seorang pemandu lori pasir cedera selepas kenderaannya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai hilang kawalan sewaktu melalui lokasi kejadian.

“Lori yang membawa muatan pasir itu dalam perjalananan dari Triang, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun apabila tiba di tempat kejadian, lori itu terbabas dan terjunam ke dalam gaung di sebelah kiri jalan,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hock Poh berkata, pemandu lori berkenaan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Katanya, mangsa yang cedera di bahagian kaki telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk menerima rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN