Ambil tindakan hina Agong - Utusan Malaysia

Ambil tindakan hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka kertas siasatan terhadap pengguna media sosial yang menghina Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Dalam ketaksuban berpolitik, ada yang berani menghina Raja-raja Melayu semata-mata disebabkan fitnah kononnya cuba menghalang Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Mereka seolah-olah tidak faham prosedur dan sudah tidak boleh bersabar, mengalahkan Dr. Mahathir yang tenang sahaja kerana beliau faham ada tertib tertentu dalam setiap urusan dengan pihak istana.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun ada ura-ura kepemimpinan PDRM dan SKMM bakal ditukar, pegawai penguat kuasa perlu menjalankan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu daripada sikap kurang ajar begini.

Ini juga masanya Pakatan Harapan menunjukkan mereka akan menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu dan bukan seperti didakwa dalam kempen pilihan raya dahulu.

Saya juga berharap di bawah kepemimpinan kerajaan baharu tidak ada lagi pilih kasih mengikut kaum dalam tindakan terhadap pengguna media sosial yang kurang ajar seperti dahulu.

MUHAMMAD KAMIL

Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×