SPRM nafi akan rakam percakapan Najib di kediamannya - Utusan Malaysia

SPRM nafi akan rakam percakapan Najib di kediamannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pegawainya akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini Selasa ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah pun menyerahkan notis kepada Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghadirkan diri ke pejabat SPRM.

“Beliau dikehendaki hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam notis yang diserahkan kepada Najib semalam telah dinyatakan dengan jelas bahawa beliau perlu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal hari ini yang memberitahu pemberita bahawa pegawai SPRM dijangka mengambil keterangan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu di kediamannya pada pukul 8 pagi Selasa ini.


Peguam itu mendakwa, SPRM telah bersetuju untuk hadir ke kediaman tersebut.

Semalam, SPRM telah menghantar lapan pegawai ke kediaman Najib bagi menyerahkan notis perintah hadir ke pejabat suruhanjaya pada Selasa minggu depan.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN