Personaliti Hot FM dan Manis FM meninggal dunia - Utusan Malaysia

Personaliti Hot FM dan Manis FM meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Mei – Bekas personaliti radio, Rafly Rahamat, 32, menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7 malam tadi di kampung halamannya, di Kuantan, Pahang.

Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM itu difahamkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.

Penyanyi Bienda Razli yang juga bekas rakan sekerja Allahyarham di stesen Manis FM memberitahu, Rafly sebelum ini dimasukkan ke hospital di Kuantan kerana kehilangan selera makan lalu mengakibatkan badannya kurus mendadak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syukur saya sempat melawatnya ketika berada di dalam wad dan Rafly masih seorang pemuda yang suka berborak sambil bergurau senda meskipun kondisi badannya terlalu lemah.

“Dalam keadaan dia sedang menanggung derita akibat penyakit misteri yang dihidapinya, Rafly tetap positif menunjukkan sikap periangnya.

“Dua tahun kami mengenali satu sama lain, saya dan suami dah anggap dia macam adik sendiri,” ujar Bienda ketika dihubungi hari ini.

Bienda menyifatkan, Rafly seorang jejaka yang sangat baik pekerti walaupun tutur katanya dianggap kasar bagi individu yang baru mengenalinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN