Kembara Kitchen jamu petugas media - Utusan Malaysia

Kembara Kitchen jamu petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Kesungguhan petugas media terus berkampung di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini untuk melaporkan perkembangan terkini siasatan polis terhadap bekas Perdana Menteri itu mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kembara Kitchen.

Pengasasnya, William Cheah berbesar hati menyumbang juadah berbuka puasa kepada kira-kira 40 petugas media yang setia menunggu di hadapan kediaman Najib sejak Khamis lalu.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk melakukan sumbangan itu selepas melihat sendiri petugas media yang tetap menunggu walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu dan terus menjalankan tugas dalam keadaan berpuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai orang terlepas pandang sumbangan pihak media dalam melaporkan berita. Tugas sebagai media bukan tugas yang mudah selain memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.

“Ini adalah sebagai satu simbol terima kasih kepada petugas media yang sentiasa memberikan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan sebanyak 35 bekas nasi goreng dan air minuman kepada petugas media serta anggota polis yang berada di hadapan kediaman Najib di Langgak Duta, di sini sebentar tadi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN